Posts

Showing posts from July, 2017

kuasa viral rukun iman keberapa?

dari siapa kautahu kau layak untuk hidup? sebelum itu, adakah kau rasa kau layak untuk hidup? kalau iya, apa dan bagaimana kaumengetahuinya? sama ada kau tidak mampu menjawap soalan ini, atau memang sebetulnya, tiada kelayakan untuk hidup. kau sekadar, ada; dilahirkan, hidup dan menempuh jalan sukar ke arah kematian. yang pasti, kau akan berbisik, "Tuhan tidak mungkin tersalah sewaktu menciptakanku!" sekarang, ayuh kita tukar peranan. kaujawabkan soalan yang sama untuk seorang, yang, katalah, menjadi salah-seorang daripada sepuluh perempuan yang membelasah seorang perempuan lain. adakah jawapanmu untuknya sama seperti jawapanmu untuk diri-sendiri? atau, adakah kau akan mengatakan bahawa dia sememangnya layak dihinakan dan dibenci? kes pukul-memukul tidak pernah selesai semenjak internet dan kuasa viral menyelinap ke dalam masyarakat kita. bahkan, kita menyaksikan pentas yang lebih luas untuk budaya sakit ini timbul menjadi topik hangat. kita sendiri, yang laparka...

nilailah buku pada kulitnya

ke sebuah toko buku, semua buku yang dijual sama saja kulitnya. yang berbeza, adalah ketebalannya saja. kau laparkan suatu pembacaan yang memberi kesan, dan di pekan tempat kautinggal hanya ada toko buku itu. orang akan mengatakan, pilihlah saja mana-mana buku, kenali ia, baru kaunilaikan buku tersebut. jangan nilai buku pada kulitnya, tambah mereka. kauambil senaskhah buku daripada puluhan ribu naskhah yang memenuhi puluhan rak-rak kayu. kau ke kaunter, membayar, lalu membaca helaian pertama buku itu. "kerana manusia, diciptakan mata juga, bukan hanya sekadar hati." paling tidak, kulit buku adalah suatu janji tentang kandungannya. itu pertama. kedua, buku yang baik haruslah mengambil kira juga tajuk dan reka riasnya. bahkan buku simpulan bahasa yang memasukkan pepatah "jangan menilai buku pada kulitnya" pun, ada tertulis di muka hadapan, "100 pepatah paling berguna kepada manusia". urusan kita bukan hati manusia. kalau boleh, elakkanlah m...

malam adalah pujuk rayu

...untuk segala kepahitan yang menjalari dari lima deria kepada pemikiran, kepada perasaan. yang kita labelkan sebagai 'buruk' hanyalah fenomena yang ditakdirkan berlaku untuk kita sama-sama perhatikan konsekuensinya dan sama-sama merefleksi diri akan responnya kepada hal 'buruk' itu. sepertinya, perihal 'buruk' adalah validasi akan sikap sebenar kita terhadap Tuhan; ta'amul jiwa yang kita dan Dia sahaja mengetahui. ini adalah daerah yang sangat eksklusif, bahkan daripada orang-orang yang paling kita sayang. ia bukan platform untuk bertindak liar, ia platform untuk bertindak lurus lagi benar. malam ini, gelap dan suamnya mendesak kita untuk mendalami sejauh mana kita yakin kepada ilmu sendiri, yakni cahaya sebenar hati yang menyuluhi kesuraman hidup. malam ini, dengan fesyen nirmala tanpa cahaya, menyindir kosongnya hidup ini. yang ada hanyalah nyanyian cengkerik malam nan syahdu. mestikah kita ini, setiap hari, mengejar hal yang berlebihan, ata...

doktor yang tenat kerananya ubatnya

kau merasakan sesuatu sedang menyakiti hatimu, entahlah; kanserkah, atau radang barangkali. simptomnya, kau kerap batuk-batuk, matamu rabun dan nafasmu tersekat-sekat. lalu, kau membuat keputusan untuk bertemujanji dengan seorang doktor yang mengaku dirinya "rahmat kepada seluruh tubuh". sesampainya di sana, kau diraikan oleh seorang doktor yang agak comot dan tidak terurus. uniformnya kusut-masai, tidak putih lagi seperti selalu. sambil dia menghuraikan ubatnya, dia terbatuk-batuk, dengan nafas yang kerap putus-putus. dia membaca kad kesihatanmu pun dengan terpaksa mendekatkan kad tersebut seinci dengan matanya. adakah kau akan mengambil preskripsinya? kemungkinan besar tidak. kenapa? kalau dia "rahmat kepada seluruh tubuh", mengapa dia sendiri kelihatan tenat? inferensnya cuma dua: sama ada dia menggunakan ubatnya namun tidak berkesan, atau dia tidak mengambil ubat tersebut kerana kurang keyakinan, atau mungkin ianya terlalu pahit sehingga tidak berba...

problem menjadi kaya

kaya-raya adalah antara perkara harus buat seorang manusia, apatah lagi yang mempunyai banyak keinginan. dengan kekayaan, kita boleh mendapatkan apa saja yang kita mahu. harta adalah kendala kepada apa saja kemahuan. atau adakah begitu? pada zaman moden ini, timbul suatu trend untuk menumpuk kekayaan. kalau dahulu kekayaan hanyalah hal yang menjambatani diri kepada impian, kini kekayaan itu sendiri adalah impian mutlak kita. kekayaan menjadi aset yang dikumpul, nilai matawang merosot dalam kalangan miskin dan marhaen. kitaran kuasa wang jadi tersangat tidak adil merentas strata masyarakat. kenapa kita mahu jadi kaya? entahlah. zaman moden membawa bersamanya pelbagai teknologi dan inovasi yang bertujuan mempertingkat kualiti hidup manusia. namun, perkara ini tidak datang tanpa pengorbanan. untuk mendapatkan teknologi, manusia membangunkan bermacam sektor baharu. pembangunan tidak bisa terjadi tanpa wujudnya hierarki sosioekonomi. sebagaimana perlunya pencetus, perlu...

kesedihan adalah melodi latar hidup

bilamana kau sendirian, terbaring di atas katil dek kepenatan melayan siang hari yang haru-biru, di bilik tidurmu yang gelap, perlahan-lahan merangkak dari lantai ke dalam akal-pikirmu: "sebetulnya, aku hidup dan bekerja ini, untuk apa?" ia adalah tema kewujudan yang tidak pernah usai dari kewujudan itu sendiri. bahkan, kesepaduan arti kewujudan bersidai pada kesudian kita menerima kesedihan sebagai, mungkin, teman paling setia. seringkali kita ditakut-takutkan oleh media dan massa, betapa kesedihan adalah keadaan yang seharusnya dijauhi, betapa hidup harus gembira saja sepanjang masa. kita yang naif ini menurut saja, padahal sebetulnya kita hanya mendera jiwa. ada sesuatu mengenai sifat masyarakat itu sendiri yang membuatkan kita tertarik, lalu mendengar segala omong saranannya. mungkin kerana kita berfikir, masyarakat adalah jelmaan jutaan jiwa terorganisasi yang telah mengumpul terlalu banyak sejarah, sehingga ia menjadi semacam suatu almanak yang harus dituruti....