problem menjadi kaya
kaya-raya adalah antara perkara harus buat seorang manusia, apatah lagi yang mempunyai banyak keinginan. dengan kekayaan, kita boleh mendapatkan apa saja yang kita mahu. harta adalah kendala kepada apa saja kemahuan.
atau adakah begitu?
pada zaman moden ini, timbul suatu trend untuk menumpuk kekayaan. kalau dahulu kekayaan hanyalah hal yang menjambatani diri kepada impian, kini kekayaan itu sendiri adalah impian mutlak kita.
kekayaan menjadi aset yang dikumpul, nilai matawang merosot dalam kalangan miskin dan marhaen. kitaran kuasa wang jadi tersangat tidak adil merentas strata masyarakat. kenapa kita mahu jadi kaya? entahlah.
zaman moden membawa bersamanya pelbagai teknologi dan inovasi yang bertujuan mempertingkat kualiti hidup manusia. namun, perkara ini tidak datang tanpa pengorbanan. untuk mendapatkan teknologi, manusia membangunkan bermacam sektor baharu.
pembangunan tidak bisa terjadi tanpa wujudnya hierarki sosioekonomi. sebagaimana perlunya pencetus, perlu juga barisan bawahan yang membantu merealisasikan pembangunan tersebut. perlu ada yang menyuruh dan disuruh.
demi mengejar kecekapan, zaman moden memerlukan sejumlah sumber dan ruang operasi. hutan diratakan, bukit ditarah, lombong mineral dikosongkan laut ditambak. ditambah lagi dengan emisi pengeluaran, semuanya mencekik mati bumi.
peranan manusia di atas muka bumi bukanlah untuk menjadi kaya. peranan kita adalah sekadar membolehkan alam merasa secebis rasa kasih seorang manusia dan mengekalkan keamanan. ini perkara yang tidak boleh dibeli dengan matawang, walaupun hakikatnya keadilan sedang dijual dan dibeli.
kekayaan tidak datang tanpa cagaran. demi kaya, macam-macam hal terpaksa bumi tanggung. udaranya sentiasa berdebu, kilang-kilangnya giat mencemar angin, sungai dan tasik terpaksa menelan pahitnya sisa toksik. kalau kalian fikir ini berbaloi untuk sebuah kekayaan, maka periksalah keadaan hati kalian.
kekayaan tidak pernah menyelesaikan isu miskin dalam dada. bahkan, kerana kekayaanlah manusia menggadaikan kemanusiaan yang ibu-bapanya ajar. kekayaan juga malah menjadikan manusia bertambah haus dengan ketamakan.
seperti meneguk segelas air laut dek dahaga, yang kekayaan tawarkan hanyalah keinginan yang semakin berkembang, juga kemahuan kepada hal-hal yang lebih efisien berbanding apa yang dimiliki kini.
problem menjadi kaya bukanlah pada kekayaan itu sendiri; problemnya ada pada sifat serta naluri manusia yang sukar dihadkan kemahuannya, apatah lagi setelah dia memiliki keupayaan membeli semua yang dimahukannya.
proses kepada menjadi elit hanyalah ilusi yang disemarakkan oleh manusia yang tidak merindukan syurga. syurga mereka adalah di dunia ini, dan dengan memanipulasi naluri ketamakan manusia, mereka membina moghul dan empayar besar, supaya dengannya mereka hidup dengan sejahtera.
problem lain adalah bagaimana trend ini akhirnya merubah citra kita tentang makna diri di samping masyarakat. di keliling kita kawan-kawan yang kayawan semua, masakan tidak terusik sedikitpun eksistensialisme diri saat kita secara separuh sedar membandingkan diri dengan mereka?
adakah kita masih mampu merendahkan diri kepada semua manusia setelah kaya? adakah kekayaan tidak menggadai humanisme yang telah diterapkan oleh ibu-bapa kita setelah sekian lama? adakah kekayaan menyelesaikan segala krisis jiwa yang kian menggegak? kalau kamu menjawab 'iya' untuk semuanya, maka silakan.
silakan menjadi kaya.

Comments
Post a Comment