ketawa lalu menggigil

ketawalah, ketawa. ketawalah kau bersama kawan-kawanmu dan berhiburlah. kerana, hidup di dunia ini singkat amat, kurang lebih 70 tahun cuma. mungkin ini sahaja masa kau dapat bersama orang lain, dan bukan solo. kerana, baki kewujudanmu hanyalah pasal berjalan sendiri.

"i walk this empty street, beyond the boulevard of broken dreams"

kau tidak percaya? semasa di rahim ibu, kau sendiri. semasa kau bertemu kematian, kau sendiri juga. semasa kau menghadap Tuhan untuk perbicaraan, pun, tiada siapa menemani. hakikat hidup sendiri jauh lebih lama berbanding hidup bersama. justeru, hidup di dunia adalah sekadar sampel atau 'tester' tentang hidup di syurga abadi.

betapa seronoknya hidup di dunia ini, meskipun dengan segala keterbatasan masa, upaya dan kemungkinan; tentulah lebih seronok lagi hidup di syurga di mana semuanya jadi bisa, abadi dan penuh keajaiban. di syurgalah semua kerinduan bersama orang lain tersirna, setelah penat menempuh sekian banyaknya payah.

adalah salah mengatakan orang yang kuat ketawa itu sebagai lalai. terkadang, merekalah yang paling hampir sama Tuhan, sama syurga dan sama kebahagiaan. siapa tahu, di setiap malamnya, dia menggigil ketakutan membayangkan prospek kematian dan kesendirian di lubang kubur yang gelap dan pengap, lantas dari sebab itu dia bangkit beramal di tengah malam.

marilah kita nikmati detik meriah di muka bumi ini, tanpa melalaikan syarat hidup meriah di akhirat, yakni dengan amalan yang baik-baik.

Comments

Popular posts from this blog

sebenarnya, demi jiwa, teman itu apa?

memento mori dan ego berbatas