korban satu untuk hal lain
korban adalah kata kerja yang harus sentiasa melekat dalam kepala otak kita. apapun kita mahu dan buat, pasti mengorbankan sesuatu. dua yang paling asas adalah masa dan tenaga. wang dan kesihatan masing-masing hal ketiga dan keempat. yang menurut di belakang adalag beberapa lagi perkara.
terkadang, kita berkorban, pengorbanan kita tidak berhasil dengan hasil yang banyak. namun perlahan-lahan, keberuntungan kita akan meningkat juga dari masa ke masa, dan setelah itu barulah kita sedar semuanya memerlukan pengorbanan. lebih banyak kaukorbankan, lebih banyak kau dapat kalau kau bertahan.
ada pula orang, lebih selesa dengan kecukupan lima perkara asas dalam hidupnya. dia fikir, tidak perlulah berkorban, yang sedia ada ini sudah cukup, janganlah tamak sangat. padanya, pengorbanan masa dan tenaga kepada hal-hal tambahan adalah tidak perlu. kalau sudah jadi kaya, apa seterusnya? tanpa doa sedari, fikiran itu mengorbankan potensi dan kelebihan yang dia dikurniakan.
kau mungkin berfikir, dalam salah-satu saat selepas salah-satu pengorbananmu, adakah semua ini berbaloi. tika itu lantunkanlah nama-nama indah Tuhan, bayangkan wajah orang yang engkau sayang dan ingin berikan kesenangan. keluarga, itu juga sumber kekuatan yang tidak bertepian. cuma, janganlah pekerjaanmu menggadaikan masa bermanja dengannya. boleh?
Comments
Post a Comment