Posts

memento mori dan ego berbatas

"alangkah anehnya manusia, mereka boleh mencintai orang lain melainkan diri mereka sendiri, lantas menggelupur tatkala merasakan diri mereka kekurangan rasa cinta. mereka berlari ke tepi pantai dan ke gunung-gunung, membongkar perasaan pada hal-hal yang tidak bertelinga, meratap kehidupan lalu yang telah dilalui sepi, serta kehidupan akan datang yang sama sunyi. jiwa mereka terlalu kelam-kabut dengan perkara yang tangan mereka tidak mampu kawal, sedang apa yang Tuhan kurniakan di dalamnya mereka putuskan sebagai kegilaan semata. diri mereka seolah-olah lenyap di mata masyarakat, mereka mulai menuhankan sekumpulan manusia dengan memberikan khidmat taat tanpa berbelah-bahagi. tidakkah mereka sedar, demi nama cinta, bahawa diri mereka adalah 'orang lain' juga, yang layak dicintai dan ditumpahkan segala kewajaran?" kau bangun, matahari terbit. jemarinya menyelinap dari langsir putih yang berkibar seperti bendera si pengalah. cahaya itu timbul-tenggelam dalam kegelapan

urusniaga eksistensialisme dalam era moden

dalam dunia serba maju ini, setiap kita membina imej diri dengan lebih egoistik berbanding sebelumnya. yang bermazhab bersikap sombong dengan mazhabnya, yang berparti politik takjub sampai putus saudara. hal ini tidak dinisbahkan kepada semua, namun ia menjadi realiti yang semakin kerap muncul di suapan maya. bahkan, yang tidak beragama (ateis) dan non-partisan pun mulai bersifat egoistik. kenapa? kita bertanya. kerana kemodenan yang tidak bersempadan telah menelanjangi privasi kita. dengan itu, kita cenderung melakukan tiga perkara ini: lebih proaktif dalam membela pandangan sendiri, lebih kerap bersikap kritis terhadap pandangan orang lain dan lebih banyak melakukan kebaikan kerana orang lain melakukannya, bukan kerana ia perlu dibuat. dunia maya telah merendahkan keyakinan kita terhadap diri-sendiri. melihat orang lain berjaya dan kaya-raya, kita mulai melihat diri-sendiri sebagai tersimpan oleh kemiskinan. melihat orang lain berbusana mewah dan berwajah lawa, kita mulai me

sot-sot: renungan selaku manusia

ada beberapa perkara yang kita telah (atau masih) lakukan, yang sangat buruk, yang kita tidak mahu orang lain tahu, meskipun mereka yang benar-benar kita sayang. rupa dan karisma memang antara ciri peribadi yang terpenting, namun yang jauh lebih berpengaruh kepada rupa paras diri adalah perkara-perkara yang kita rahsiakan tadi (mulai sekarang dipanggil 'sot-sot'). kerana, berbanding rupa paras, keterampilan dan karisma yang boleh dibuat-buat, sot-sot adalah nyata, real dan bukan produk tekanan masyarakat ke atas kita. ia adalah ketumbuhan yang semulajadi, terhasil daripada pengalaman hidup dan kecenderungan genetik. tiada manusia terkecuali dalam hal ini. dari perdana menteri kepada seorang juruseptik najis, semuanya adalah sot-sot yang tidak diketahui melainkan oleh dirinya dan Tuhan. kerana itulah, sebahagian pemikir mengatakan, kalau kau mahu dekat sama Tuhan, renungkan sot-sotmu di atas sejadah. kalau ia buruk, ia menjadi asbab memohon ampu; kalau ia baik, ia menjadi a

begitulah kehidupan, terkadang kau diuji, terkadang kau sendiri ujian

kita lahir ke dunia dalam keadaan lemah, merengek dan perlukan perhatian. hatta adolf hitler pun tidak bisa naik menaiki takhta jerman dengan gunapakai nama bangsa aryan tanpa seorang wanita bernama klara. daripada kitab Tuhan kita mengiktibari keajaiban kuasa ibu atau bapa membesarkan para utusanNya, juga melalui karya-karya klasik kita mendapati betapa buruknya kesan tidak beribu berbapa. namun bukan pasal keibubapaan ini yang ingin ditonjolkan di sini. dek lahir tidak sempurna, seringkali saja kita menyalahi apa yang dikatakan sebagai baik, benar, bagus dan berasas. si ibu ayah yang membesarkan kita pun, selalu saja kita berontak kepada mereka, meskipun dalam diam. undang-undang negara kita langgar, dari sekecil membuang sampah di premis awam kepada jenayah membunuh dan merogol. manusia makhluk yang amat terdedah kepada kesan-kesan ketidaksempurnaannya. namun, inipun, terlalu besar untuk dibicara. dalam kalangan kawan-kawan, sifat dan sikap kita terkadang merupakan ujian ge

korban satu untuk hal lain

korban adalah kata kerja yang harus sentiasa melekat dalam kepala otak kita. apapun kita mahu dan buat, pasti mengorbankan sesuatu. dua yang paling asas adalah masa dan tenaga. wang dan kesihatan masing-masing hal ketiga dan keempat. yang menurut di belakang adalag beberapa lagi perkara. terkadang, kita berkorban, pengorbanan kita tidak berhasil dengan hasil yang banyak. namun perlahan-lahan, keberuntungan kita akan meningkat juga dari masa ke masa, dan setelah itu barulah kita sedar semuanya memerlukan pengorbanan. lebih banyak kaukorbankan, lebih banyak kau dapat kalau kau bertahan. ada pula orang, lebih selesa dengan kecukupan lima perkara asas dalam hidupnya. dia fikir, tidak perlulah berkorban, yang sedia ada ini sudah cukup, janganlah tamak sangat. padanya, pengorbanan masa dan tenaga kepada hal-hal tambahan adalah tidak perlu. kalau sudah jadi kaya, apa seterusnya? tanpa doa sedari, fikiran itu mengorbankan potensi dan kelebihan yang dia dikurniakan. kau mungkin ber

sebenarnya, demi jiwa, teman itu apa?

kau tidak seharusnya menempuh hidup ini sendirian. kau ada (perlu) teman yang menjadikan yang tawar sebagai penawar, pahit sebagai pembangkit, masam sebagai ubat resam dan pedas sebagai pemujuk hati  yang tertindas. teman, seperti kekasih keduamu, tidak berdaya menghapuskan bongkah batu yang menghalangimu, atau merendahkan gunung vesuvius yang memisahkanmu dari apa yang kauimpikan. namun, mereka berupaya menjadikan semuanya kelihatan berbaloi. merekalah yang menggenggam saki-baki bara api cita-citamu tatkala yang kaupegang sudah menjadi arang. ada teman kita, lebih percaya kepada impian kita melebihi diri kita sendiri. bukan sekadar atas dasar bersaudara, namun juga atas alasan mereka telah melihat baik-burukmu, dan dalam upacara saling memaafkan segala khilaf, dia menemukan semangat lamamu yang tenggelam dalam timbunan komitmen. dialah yang melihat lebih daripada sikap dan perilaku luaranmu, mengesan niat sucimu, menyentuhmu dengan rasa kasih yang sungguh, yang tidak akan

ketawa lalu menggigil

ketawalah, ketawa. ketawalah kau bersama kawan-kawanmu dan berhiburlah. kerana, hidup di dunia ini singkat amat, kurang lebih 70 tahun cuma. mungkin ini sahaja masa kau dapat bersama orang lain, dan bukan solo. kerana, baki kewujudanmu hanyalah pasal berjalan sendiri. "i walk this empty street, beyond the boulevard of broken dreams" kau tidak percaya? semasa di rahim ibu, kau sendiri. semasa kau bertemu kematian, kau sendiri juga. semasa kau menghadap Tuhan untuk perbicaraan, pun, tiada siapa menemani. hakikat hidup sendiri jauh lebih lama berbanding hidup bersama. justeru, hidup di dunia adalah sekadar sampel atau 'tester' tentang hidup di syurga abadi. betapa seronoknya hidup di dunia ini, meskipun dengan segala keterbatasan masa, upaya dan kemungkinan; tentulah lebih seronok lagi hidup di syurga di mana semuanya jadi bisa, abadi dan penuh keajaiban. di syurgalah semua kerinduan bersama orang lain tersirna, setelah penat menempuh sekian banyaknya payah.